Cara Buka Akaun Emas GAP Untuk Anak

Mudahnya simpan emas anak-anak melalui akaun emas GAP Public Gold. Walaupun nampak sama seperti Akaun Emas di bank, tetapi ia jauh berbeza sebab kita BOLEH KELUARKAN EMAS FIZIKAL pada bila-bila masa. Lagi bagus, anak umur bawah 18 tahun pun kita boleh bukakan akaun untuknya dalam bentuk AKAUN BERSAMA dengan ibu / bapa.

Dengan adanya kaedah ini, kita boleh tukar simpanan pendidikan anak-anak daripada simpanan DUIT di bank kepada simpanan EMAS dalam Akaun Emas GAP. Kalau simpan 1 gram sebulan (secara konsisten) untuk anak yang baru lahir, pada umur 18 tahun, dia sudah memiliki 216 gram! Dan saya percaya nilai 216 gram emas mampu menampung sebahagian besar kos untuk pendidikan universiti tempatan 18 tahun akan datang, insyaAllah.

Pada saya, simpanan emas melalui Akaun Emas GAP ini sangat bagus sebab:

1. Harga emas sentiasa naik dalam jangka panjang.

Anologi mudah, masakan kuih Karipap Makcik Bedah pun pasti naik harganya dalam jangka panjang, inikan pula emas!

2. Elakkan daripada terguna!

Inilah yang sering terjadi. Simpan sikit-sikit, lama-lama masih sikit! Sebab, bila ada saja duit, otak kita akan ligat berfikir untuk belanjakan duit itu. Ada saja yang difikirkan perlu dibeli.

Lepas beli, barulah menyesal… Kita buat keputusan dengan emosi, kemudian kita akan berikan justifikasi dengan logik untuk menyedapkan hati kita. Sebab itu, orang yang simpan duit, memang susah duit itu bertambah dan bertahan lama. Mesti akan bocor juga akhirnya.

Naluri kita pada duit adalah untuk dibelanjakan, bukan untuk disimpan.

Berbeza dengan emas.

Naluri kita pada emas adalah untuk disimpan dan dikumpul dengan banyak. Kalau anda kenal penyimpan emas, majoriti mereka sudah ketagih menyimpan emas! Ketagihan yang baik… Ketagihan yang membuatkan dia lebih kaya, alhamdulillah…

Cara Buka Akaun GAP Anak (Akaun Junior)

Akaun Junior ini khusus untuk anak bawah 18 tahun. Umur bawah 1 tahun pun boleh, asalkan ada MyKid.

Untuk buka akaun GAP untuk anak, ikut langkah ni :

#1 – Masukkan Duit

Masukkan / transfer duit ke akaun PG mengikut harga per gram di www.publicgold.com.my. Kalau harga 1 gram hari ini RM260, maka masukkan duit genap-genap RM260. Kalau nak beli 2 gram, masukkan terus RM520 (RM260 x 2 gram).

**Harga disemak sehari sekali setiap jam 12.00 malam.**

No. akaun 1621 3332 8966 (Maybank), atau 1101723077 (Bank Rakyat), atas nama “Siti Norhafizah”.

#2 – Wassap Maklumat

Wassap maklumat ke 017-7368407 (no phone PG bahagian GAP), taip;

Nama anak
No. ic anak
Nama ibu / bapa
No ic ibu/ bapa
No telefon
Email ANAK (pastikan setiap anak guna email berbeza supaya dapat login web untuk semak GAP Statement nanti)

Jumlah yang dibank in
Tarikh bank in
Masa bank in

Dealer anda : PG00165170 Siti Norhafizah (atau sila letak nama dealer anda sendiri, jika ada)

(Attachkan lagi skali slip bayaran tu untuk PG sahkan bayaran. Slip bayaran tu kena simpan baik-baik untuk rujukan masa depan)

 wassap maklumat bayaran kepada Public Gold. Kaedah pembayaran paling baik ialah online banking seperti maybank2u.

KALAU TAK PAKAI WASSAP, emailkan slip bayaran ke gap@publicgold.com.my bersama maklumat dan cc kepada saya publicgold165170@gmail.com untuk memudahkn saya follow up PG (jika perlu)

#3 – Semak GAP Statement

Tunggu PG emailkan “username” untuk login web. GAP Statement boleh disemak dalam masa 24Jam di web. Kalau tak terima juga email tu lepas semak dalam SPAMBOX, bagi tahu saya untuk saya follow up dengan PG.

(Bila-bila nak keluarkan emas fizikal, datang ke office PG tunjuk i/c & bayar caj premium je. Pastikan call dulu sebelum datang)

emas gold bar 1 gram new born public gold lbmaGold bar 1 gram tema “New Born”. Untuk pengeluaran emas fizikal, boleh pilih apa sahaja jenis item gold bar atau dinar, asalkan cukup baki gram dalam Akaun GAP. Untuk lihat foto-foto emas Public Gold, KLIK DI SINI.

Untuk fahami dengan lebih lanjut tentang Akaun Emas GAP, pastikan baca artikel saya di bawah ini sebelum buat pembelian:

Mudahnya Simpan Emas dengan Akaun Emas GAP
Cara Tambah Belian GAP Public Gold
Cara Genapkan Baki Akaun Emas GAP




Norhafizah
Kuala Selangor

Ulasan