7 Kelebihan Menjadi Dealer Public Gold
Banyak kelebihan menjadi dealer Public Gold.
Sebab itulah,
Kalau ada bajet lebih, saya akan terus bagi cadangan kepada pembeli emas dibawah bimbingan saya untuk menjadi dealer Public Gold.
Dan saya rasa, inilah antara kelebihan Public Gold, satu-satunya syarikat jual beli jongkong emas yang mampu bertahan lebih dari 10 tahun.
Iaitu memiliki sistem dealership yang baik, yang saling memudahkan pihak Public Gold dan juga memberi banyak manfaat kepada dealer Public Gold seperti saya.
Untuk syarat menjadi dealer Public Gold pula,
Jika bukan waktu promosi, kita boleh jadi dealer dengan membuat pembelian emas minimum 200gram.
"Wahh, mana ada modal nak beli 200g sekali gus banyak"
Sabar, ada cara lain lagi selain ini. Nanti saya terangkan satu per satu.
Baiklah, ini antara 7 kelebihan menjadi dealer Public Gold, yang mungkin ramai tidak tahu,
Kelebihan 1 : Tak Perlu Jual Emas
Eh, jadi dealer emas. Tapi tak perlu jual emas?
Macam pelik kan?
Ya, betul tu!
Pengalaman saya menjadi dealer Public Gold sejak dari tahun 2014, saya tak pernah pun jual emas saya, walau 1gram.
Kalau ada yang nak beli emas dengan saya,
Saya bagi emas saya, dan saya akan replace stock emas yang dia ambil tadi dekat mana-mana cawangan Public Gold.
Hampir semua dealer Public Gold,
Mereka juga penyimpan emas, jadi mereka hanya berkongsi (termasuk saya) tentang kelebihan menyimpan emas kepada orang ramai.
Orang nak beli emas.
Beli secara terus dengan Public Gold, tugas dealer Public Gold hanya sekadar pemudah cara sahaja.
Harga emas jika kita beli dengan dealer atau pun tidak. Sama sahaja.
Dealer Public Gold seperti saya hanya memberi cadangan terbaik untuk tuan-tuan sebelum mula pelaburan emas.
Kelebihan 2 : Bisnes Tanpa Modal
Untuk menjadi dealer Public Gold, kita hanya perlu membuat belian emas, dalam jumlah yang tertentu.
" Berapa jumlahnya tu? "
Bergantung pada public gold!
Kalau tanpa promosi, beli 200gram dalam satu resit.
Kadang-kadang ada promosi bulanan, beli RM2500 pun boleh jadi dealer.
Tetapi, paling bagus,
Tuan-tuan boleh grab promosi waktu FB Live di page Public Gold International.
Biasanya, beli 8 Dinar dah boleh jadi dealer.
Lagi best. Boleh buat EPP10! iaitu bayaran secara ansuran
Jika anda belum tahu apa itu EPP10, saya mencadangkan untuk membaca artikel tentang Easy Payment Purchase selepas ini.
Sebaik sahaja kita buat bayaran pertama untuk EPP10, terus layak bergelar dealer!
Dari segi modal, menjadi dealer Public Gold tiada modal hangus!
Anda tak perlu bayar yuran untuk menjadi dealer Public Gold sahaja.. modal dapat balik.. best kan
Kelebihan 3 : Tiada Tarikh Luput
Baiklah,
Jika tadi untuk melayakkan kita menjadi dealer, yang paling minimum (selalunya) ialah dengan belian sebanyak 8 Dinar.
Dengan 8 Dinar tadi, kita mendapat title dealer.
Namun, jika kita perlukan duit, kita boleh je jual semula 8 Dinar tadi, tittle dealer kita masih kekal.
Seronok tak?
Kelebihan 4 : Tiada Syarat Jualan
Jika kita sertai kebanyakan bisnes lain,
Terutama yang bersistemkan MLM (Ini MLM yang halal ya maksud saya), setiap ejen perlu mengekalkan jualan dalam jumlah yang tertentu, bagi mengekalkan status sebagai ejen.
Ataupun, kita perlu renew status dealership setiap tahun.
Dalam sistem dealership Public Gold, kita tak perlu buat semua tu.
Jika kita berimpian untuk mendapat pasif income yang besar, kita boleh buat target kita sendiri.
Public Gold tidak meletakkan apa-apa syarat tentang target jualan tersebut.
Kelebihan 5 : Insentif Dari Pelbagai Sudut
Saya kongsikan di sini tentang insentif bagi seorang dealer Public Gold.
Ia terbahagi kepada 3, iaitu :
a. Belian Sendiri
b. Belian Customer
c. Jualan
Ini antara instentif yang utama je
Ada lagi insentif lain seperti melancong ke luar negara ataupun c wallet.
Baiklah, untuk belian sendiri ataupun untuk belian customer yang berdafatar dibawah kita.
Jika kita buat belian RM10k, kalau tittle kita sebagai :
a. Dealer ( 1% = rm100 )
b. Pariority ( 1.5% = rm150 )
c. Master ( 2% = rm200 )
Boleh baca artikel mentor saya tentang kelebihan dealer Public Gold (dari sudut insentif) DISINI untuk info lebih lanjut.
Untuk jualan, kita juga layak mendapat insentif.
Bukan sahaja kita jual emas dapat insentif, customer kita yang jual emas pun kita dapat insentif.
Kita akan mendapat insentif sebannyak 0.3% setiap kali kita atau pun customer kita jual emas.
Kalau RM10k, dapat RM30.
Kelebihan 6 : Latihan Khas Percuma
Jika menjadi dealer dibawah bimbingan saya, setiap minggu akan diadakan sesi FB Live secara percuma.
Ini khas untuk dealer-dealer dibawah network penulis buku wang emas, En Mohd Zulkifli Shafie sahaja.
Dealer dibawah network lain pun mungkin ada, cuma saya tak pasti macam mana. Dan yang paling bestnya,
Kelas ini hanya percuma sahaja. Kalau tuan-tuan sertai bisnes di luar, kelas bisnes yang bernilai ribuan ringgit diluar sana tu, kami hanya berkongsi secara percuma je.
Cuma setiap 4 bulan sekali,
Ada latihan berbayar, kosnya kurang RM300 sahaja. 3 hari 2 malam iaitu dinamakan JLT (Jutawanemas Leadership Training)
Kita hanya perlu bayar kos asas training aje.
Sangat murah berbanding dengan kos kelas bisnes yang dekat luar sana.
Kelebihan 7 : Income Boleh Diwarisi
Antara kelebihan yang saya rasa, jarang kita boleh jumpa dekat luar ialah, income dalam bisnes Public Gold boleh diwarisi.
Selagi ada penyimpan emas yang aktif dibawah bimbingan kita, selagi itulah income kita akan dapat.
Andaikan saya pergi dahulu,
Isteri saya dan anak-anak tak perlu risau tentang pendapatan mereka.
Inilah yang dimaksudkan,
Buat bisnes sekali, income sampai mati.
Bukan sahaja sampai kita mati, selepas kita mati pun keluarga kita masih boleh mewarisi income yang kita usahakan selama ini.
Ada Rancangan Nak Beli Emas Dengan Modal Yang Besar?
Terus grab peluang untuk menjadi dealer!
Tak kesah kita nak buat bisnes ke tidak, sekurang-kurangnya, bila ada impian nak berberbisnes, boleh terus mula.
Apa-apa persoalan tentang dealership Public Gold? Sila tinggalkan komen untuk saya bantu anda semua.
Ulasan
Catat Ulasan