Mudahnya Simpan Emas Dalam GAP PG

 

Ramai yang nak simpan emas, tapi takut nak simpan sendiri.

Kalau masuk Akaun Emas di bank, banyak yang tak patuh syariah

Kalau nak sewa safe deposit box pun bukan mudah untuk sesetengah tempat. Jadi masalah tempat simpan selalu jadi ‘penghalang’ untuk sesetengah orang mula menyimpan emas.

Masalah kedua, nak beli emas tapi modal kecil. Bajet cuma sekitar RM100 sahaja sebulan.

Alhamdulillah, lepas memerhati masalah ni, Public Gold melangkah setapak lagi dengan melancarkan produk dan kaedah pembelian yang dinamakan Gold Accumulation Program (GAP).

Akaun Emas GAP sebenarnya nak bantu lebih ramai orang memulakan simpanan emas dengan cara yang lebih mudah. Selesai masalah di mana nak simpan, dan selesai masalah bajet kecil untuk bermula. Ini cara membeli emas yang paling mudah, paling murah, dan paling penting, ianya patuh syariah!


Akaun Emas Tetapi Emas Fizikal

Walaupun namanya “Akaun Emas” tapi hakikatnya ia adalah emas fizikal. Beli emas, dan dapat pegang emas fizikal. Bukan sekadar tengok nombor dalam akaun macam kebanyakkan akaun emas di bank.

Kita boleh keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri pada bila-bila masa. Paling minimum item gold bar 1 gram.

Apa yang paling best, kita boleh beli dengan bajet minimum RM100 setiap kali belian. Jadi kita boleh jadikan emas ni sebagai salah satu bentuk simpanan setiap bulan. Setiap kali dapat gaji, potong minimum RM100 untuk disimpan ke dalam Akaun Emas GAP.

Pengalaman saya dan majoriti penyimpan emas di bawah bimbingan saya, simpanan di Akaun Emas GAP ini jauh lebih berkesan berbanding simpan duit dalam akaun bank. Kalau dah simpan duit bertahun-tahun tapi duit simpanan asyik bocor je, tukarlah pulak cara menyimpan. Simpan dalam bentuk emas pulak.

Nanti sekejap je duit simpanan tu jadi banyak! InsyaAllah.








Kelebihan Akaun Emas GAP

Berdasarkan pemerhatian saya sehingga tahun 2021, boleh dikatakan lebih 80% pembeli emas Public Gold lebih suka beli emas melalui Akaun Emas GAP berbanding beli terus emas fizikal beli melalui kaedah konvensional (diistilahkan sebagai “Outright Purchase”).

Inilah kaedah beli dan simpan emas PALING MUDAH, dan PALING MURAH di Malaysia buat masa ini. Dan paling penting ianya PATUH SYARIAH.

Ini saya senaraikan beberapa kelebihan Akaun Emas GAP:

1️⃣ Boleh mula beli & simpan emas fizikal secara online dengan bajet minimum RM100. Kalau nak top-up, minimum RM100. Maksudnya boleh top-up RM100, RM101, RM102 dan seterusnya.

2️⃣ Tak ada syarat wajib beli setiap bulan. Boleh beli & jual bila-bila masa secara online.

3️⃣ Emas tu boleh simpan dengan Public Gold secara PERCUMA. Tak ada had belian & tak ada had tempoh masa untuk simpan. Tiada yuran simpanan dikenakan.

4️⃣ Kalau beli 1 gram, emas tu kekal 1 gram dalam akaun walaupun harganya dah berubah.

5️⃣ Kalau nak keluarkan emas tu & simpan sendiri pun boleh. Boleh keluarkan bila-bila masa.

6️⃣ Boleh minta Public Gold poskan emas terus ke rumah melalui servis dinamakan GIT (Gold In Transit) atau keluarkan dari mana-mana Cawangan Public Gold seluruh Malaysia pada bila-bila masa.

7️⃣ Boleh keluarkan emas fizikal paling kecil gold bar 1 gram, paling besar emas 1 kilo. Item dinar pun boleh. Asalkan cukup baki dalam akaun.


Apa Yang Perlu Tahu Tentang GAP

Apa yang perlu tahu tentang Akaun Emas GAP:

  • Emas yang kita beli itu ialah emas berketulenan 999.9 (24 karat).
  • Item emas fizikal paling kecil yang boleh dikeluarkan dari Akaun Emas GAP ialah gold bar 1 gram. Paling besar gold bar 1 kilogram.
  • Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan tu pada bila-bila masa. Cuma sebaiknya tinggalkan baki 1 gram pada setiap masa akaun kekal aktif. Kalau keluarkan semua emas dalam akaun tanpa sebarang baki, ia ditanggap tutup akaun. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50.
  • Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online, dan jual pun secara online.
  • Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj “gold premium” (atas setiap keping emas) sebagaimana beli emas fizikal Public Gold yang lain. Kalau tak keluarkan emas tu secara fizikal, gold premium tak dikenakan.
  • Untuk minta Public Gold poskan emas (melalui servis GIT), Caj penghantaran dikenakan sebanyak RM10 (Semenanjung Malaysia) atau RM20 (Sabah & Sarawak). Setiap bungkusan pos dihadkan 21.25 gram (5 dinar). Ianya dilindungi insuran.
  • Untuk ibubapa, boleh buka Akaun Junior untuk anak berumur bawah 18 tahun. Satu anak satu akaun. Syaratnya cuma mesti ada MyKid, dan kena daftar akaun bersama ibu atau bapa atau penjaga. Pilih salah satu sahaja. Kalau daftar bersama ibu, maksudnya hanya ibu sahaja yang boleh buat segala urusan jual beli.
  • Kaedah belian ini disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold, iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd.

Syarat dan terma Akaun Emas GAP 
(Gold Accumulation Program)

Sijil pengesahan patuh syariah Public Gold, 
ditandatangani oleh 
Datuk Dr. Mohd Daud Bakar
.






















Siapa Yang Bermanfaat Dengan GAP?

Saya nampak, GAP Public Gold ini sangat bermanfaat bagi sesiapa yang:

  1. Nak mulakan simpanan emas, tapi bajet kecil.
  2. Nak simpan emas, tapi bimbang nak simpan sendiri.
  3. Nak beli emas Public Gold, tapi menetap di luar negara atau tinggal di tempat yang jauh dari pejabat Public Gold.
  4. Nak beli emas secara konsisten dengan bajet minimum RM100 sebulan. Ia boleh jadi alternatif simpanan masa depan anak-anak dengan bajet RM100 sebulan setiap anak.

Cara Membeli Emas Melalui Akaun Emas GAP (Cara Mudah & Cepat)

Kalau dah ready nak buka Akaun Emas GAP, ikut langkah di bawah ni:


#1 – Daftar Akaun Public Gold

Sila KLIK untuk daftar percuma dan buat belian Akaun Emas GAP secara online dan ikuti tip penting ini:

  • Ketika mendaftar, pastikan tick checkbox yang tertulis “Generate PG Code”. Dan pastikan buat belian dalam waktu 24 jam setelah membuat pendaftaran. Jika tidak, akaun anda akan dibekukan.
  • Bagi yang pernah membeli emas dengan Public Gold sebelum ini, tak perlu buat pendaftaran baru. Gunakan saja “PG Code” sedia ada.


#2 – Buat Belian Pertama

  1. Setelah daftar tunggu 10 – 15 minit dahulu, kemudian terus login website Public Gold, dan klik butang merah yang tertulis “GAP Buy Now“.
  2. Sekiranya ada notification untuk “update profile”, sila abaikan dahulu. Anda boleh terus membuat belian dan bayaran. Kerja update profile tersebut boleh dibuat kemudian.
  3. Kemudian klik butang hijau yang tertulis “Go To New Site” > Klik “Buy GAP Now” pada butang merah disebelah gambar emas 1000 gram.
  4. Mode of Payment, sila klik “Pay Online (FPX)” sekiranya anda menggunakan perbankan online. Ini cara paling mudah dan cepat membuat bayaran dan pembelian emas anda lebih cepat disahkan oleh Public Gold. Pilih mode of payment “Bank In” hanya jika anda tidak mempunyai kemudahan perbankan online sahaja. Saya tidak galakkan kaedah ini kerana proses pengesahan pembelian akan mengambil masa agak dalam 3 – 4 hari.
  5. Selesai.


#3 – Semak GAP Statement

Contoh apa yang dipaparkan 
dalam Akaun Emas GAP. 
Baki terkini dalam akaun 65.6744 gram.

Tunggu belian anda dikreditkan ke GAP Statement anda paling lewat dalam masa 
4 hari bekerja.

Kalau buat bayaran menggunakan “Pay Online (FPX)“, hanya beberapa jam sahaja.Untuk semak GAP Statement:  

  1. Login website
  2. Klik My GAP
  3. Klik Go To New Site




Cara Keluarkan Emas Fizikal

Emas itu boleh disimpan dengan Public Gold sampai bila-bila masa tanpa sebarang caj (ianya percuma). Kalau nak simpan sendiri, boleh keluarkan emas fizikal pada bila-bila masa.

Untuk keluarkan emas fizikal, ada 2 cara:

Dalam bahagian My GAP, 
klik butang “GIT Withdrawal” 
untuk minta PG poskan emas ke ke rumah.

#1 – Servis Penghantaran Emas Ke Rumah








#2 – Ambil di Branch PG Terdekat

Cara kedua, datang sahaja ke mana-mana cawangan Public Gold, tunjuk I/C, dan bayar caj premium atas setiap keping emas tu. Boleh pilih sebarang item emas samada dalam bentuk GOLD BAR atau DINAR, asalkan cukup baki gram yang ada dalam akaun GAP tu. Tapi sebelum datang, pastikan BOOKING APPOINTMENT dulu untuk mereka simpankan stok / item yang anda nak keluarkan itu.

 

Antara item gold bar LBMA yang boleh dipilih bila nak buat pengeluaran nanti. Item yang boleh dipilih gold bar 1 gram (pelbagai design), 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, dan 250 gram. Boleh juga keluarkan dalam bentuk dinar LBMA; 1/2 dinar, 1 dinar, 5 dinar, dan 10 dinar. 1 dinar beratnya 4.25 gram. Emas LBMA ini agak susah mendapat stok semenjak wabak Covid-19 melanda dunia kerana ia ditempat dari Turki.


Boleh juga pilih pelbagai design gold bar 1 gram. 
Public Gold sentiasa keluarkan design yang baru dari semasa ke semasa. Untuk lihat design terkini emas Public Gold, KLIK DI SINI



emas public gold premium ogos 2017
Ini senarai caj premium atas setiap keping emas fizikal yang dikeluarkan. Cajnya mengikut setiap item yang dikeluarkan, bukan mengikut gram. Dulu, caj premium ini dinamakan “Transportation Cost”. Ia kos penghantaran ke cawangan terdekat dengan kita untuk setiap keping emas / silver yang kita beli.




Berdasarkan caj dalam jadual di atas, kalau keluarkan gold bar 1 gram sebanyak 5 keping, maka cajnya RM10 x 5 keping = RM50. Kalau keluarkan gold bar 5 gram sekeping, maka cajnya cuma RM10 x 1 keping = RM10. Lagi besar saiz item yang dipilih, caj premium lebih murahItulah secara ringkas beli emas melalui GAP. Kalau ada sebagai persoalan lanjut, boleh contact saya Norhafizah. InsyaAllah saya boleh guide.

Dan baca juga artikel berkaitan untuk faham lebih lanjut tentang GAP:

  • Cara Tambah Belian GAP Public Gold
  • Cara Buka Akaun Emas GAP Untuk Anak
  • Cara Genapkan Baki Akaun Emas GAP
  • Simpan Emas Untuk Pendidikan Anak-anak

Wassalam.



Norhafizah
Kuala Selangor


Ulasan